Pages - Menu

Senin, 07 Februari 2011

MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB


We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity. The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam.

Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan. Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam) - [Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924].

Itulah kata-kata yang penuh dengan keyakinan dan keegoan si kafir laknatullah, Lord Curzon setelah mereka berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi, tepatnya pada 3 Mac 1924, jam 6.30 pagi. Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan segala kekuatan, tipu helah, kelicikan dan agen-agen mereka bagi menghancurkan umat Islam. Bukan setakat itu sahaja, setelah mereka berjaya dan bergembira menyaksikan kehancuran Islam, mereka tidak pernah lalai dan berhenti dari usaha mereka seterusnya untuk memastikan umat Islam tidak akan bangkit dan bersatu kembali. Tidak cukup dengan itu, mereka malah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam, merogol, membunuh, memerangi, menangkap, memenjara, menyiksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Ya, mereka telah melakukan semua itu dan mereka telah melakukannya dengan begitu mudah sekali! Kenapa? Kerana umat Islam telah kehilangan perisainya yang selama ini menjaga dan melindungi mereka, Khalifah!

Apa yang kita saksikan saban hari sejak kejatuhan Khilafah hinggalah ke hari ini adalah penderitan demi penderitaan yang tidak berkesudahan menimpa umat Islam. Kesatuan umat Islam telah berkecai dan persaudaraan mereka telah hancur. Segala ini berlaku setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di mana umat Islam mula dihadiahkan kemerdekaan oleh pihak kuffar Barat untuk menubuhkan negara bangsa (nation states). Maka dari sini, masing-masing mula berjuang untuk bangsa dan berebut-rebut bersengketa sesama sendiri untuk berkuasa dan mengekalkan kekuasaan, tanpa menghiraukan lagi apa yang terjadi kepada saudara mereka di negara lain. Yang penting, perlu bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati di negara sendiri. Bangsa lain, negara lain, itu masalah mereka, tidak ada kena mengena dengan kita. Itu masalah dalaman negara mereka dan kita tidak boleh dan tidak perlu campurtangan. Kita berkecuali. Inilah antara kata-kata yang lahir dari sebahagian umat Islam, khususnya pemimpin mereka!

Wahai kaum Muslimin! Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para KhulafaRasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam sejarah dan memenuhi ribuan lembaran kitab. Walaubagaimanapun, kita perlu memahami dengan sebenar-benar pemahaman bahawa apa yang telah terpahat itu bukan sekadar sejarah, tetapi ia adalah sebuah kewajiban yang telah ditunaikan oleh para pendahulu kita, yang juga merupakan kewajiban yang sama yang diletakkan oleh Allah Subhanahu wa Taala ke atas kita untuk melakukannya. Umat Islam itu hanya akan meraih kemulian dengan mematuhi perintah dan larangan Allah. Apabila sistem pemerintahan dari Allah tidak diterapkan, sebaliknya diganti dengan diterapkan sistem kufur dari Barat, bagaimanakah kemuliaan Allah akan bersama kita?

Wahai kaum Muslimin, esok (3 Mac 2007) genaplah 83 tahun jatuhnya Khilafah, sebuah sistem pemerintahan yang selama ini telah mendatangkan kemuliaan dan rahmat buat umat Muhammad khasnya dan dunia amnya. Sempena itu, Sautun Nahdhah kali ini akan memperingatkan semula umat Islam akan kewajiban untuk menegakkannya.


MENDIRIKAN KHILAFAH ADALAH WAJIB


Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah di mana keduanya mempunyai makna yang sama. Hal ini diterangkan di dalam banyak hadis sahih yang menunjukkan persamaan makna kedua-dua lafaz ini [Syeikh Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi Fil Islam]. Perlu difahami bahawa, Khilafah itu adalah Sistem Pemerintahan Islam dan Khalifah itu adalah ketua negaranya (head of the State). Ringkasnya, ketua negara Daulah Khilafah adalah Khalifah. Juga, tidak salah jika ketua negara itu digelar Imam atau Amirul Mukminin kerana gelaran semacam ini terdapat di dalam Hadis dan Ijma' Sahabat. Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah wujudnya hanya satu untuk seluruh dunia. Ini kerana nas-nas syara' memang menunjukkan kewajiban umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara sahaja dan haram bagi umat Islam mempunyai lebih dari satu negara. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

"Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai" [TMQ Ali-'Imran (3):103].

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dalam masalah persatuan umat ini bersabda: "Barangsiapa mendatangi kalian, sedang urusan kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah), dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia" [HR Muslim].

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jika dibai'at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya." [HR Muslim]

Selain al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' Sahabat juga turut menegaskan prinsip kesatuan umat di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata, "Tidak halal bagi kaum Muslimin mempunyai dua pemimpin". Perkataan ini didengar oleh para sahabat dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, sehingga menjadi ijma' di kalangan mereka.

Bahkan sebahagian fuqaha menggunakan Qiyas untuk menetapkan prinsip kesatuan umat. Imam Al Juwaini berkata, "Para ulama kami (mazhab Syafi'i) tidak membenarkan akad Imamah (Khilafah) untuk dua orang. Kalau ini terjadi, ini sama halnya dengan seorang wali yang menikahkan seorang perempuan dengan dua orang laki-laki" Maksudnya, Imam Juwaini mengqiyaskan keharaman adanya dua Imam bagi kaum Muslimin dengan keharaman wali menikahkan seorang perempuan dengan dua orang lelaki yang akan menjadi suaminya. [Lihat Dr. Muhammad Khair, Wahdatul Muslimin fi Asy Syari'ah Al Islamiyah]


DALIL AL-QUR'AN


Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah 'Daulah' yang bererti 'Negara'. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kalian." [TMQ An-Nisaa` (4):59]

Ayat di atas memerintahkan kita untuk mentaati Ulil Amri, iaitu Al Haakim (Penguasa). Perintah ini, secara dalalatul iqtidha`, bererti perintah pula untuk mengadakan atau mengangkat Ulil Amri, jika Ulil Amri itu tidak ada. Ini adalah kerana tidak mungkin Allah memerintahkan kita untuk mentaati orang yang tidak wujud. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati Ulil Amri, bererti Allah memerintahkan pula untuk mewujudkannya Oleh itu, jelas bahawa mewujudkan Ulil Amri itu adalah wajib. Tambahan lagi, adanya Ulil Amri menyebabkan terlaksananya kewajipan menegakkan hukum syara', sedangkan mengabaikan terwujudnya Ulil Amri menyebabkan terabainya hukum syara'. Inilah apa yang berlaku sekarang di mana hukum syara' tidak lagi diterapkan kerana tiadanya Ulil Amri di kalangan umat Islam.

Di samping itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memerintahkan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam untuk mengatur urusan kaum Muslimin berdasarkan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah. Firman Allah,

"Maka putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu." [TMQ Al-Ma'idah (5):48].

"Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu" [TMQ Al-Ma'idah (50:49].

Dalam kaedah usul fiqh dinyatakan bahawa, perintah (khitab) Allah kepada Rasulullah juga merupakan perintah kepada umat Islam selama tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah ini hanya untuk Rasulullah. Berhubung dengan ayat di atas, tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah tersebut hanya kepada Rasulullah. Oleh kerana itu, ayat-ayat tersebut bersifat umum, iaitu berlaku juga bagi umat Islam. Dan menegakkan hukum-hukum yang diturunkan Allah tidak mempunyai makna lain kecuali menegakkan hukum dan pemerintahan, sebab dengan pemerintahan itulah hukum-hukum yang diturunkan Allah dapat diterapkan secara sempurna. Dengan demikian, ayat-ayat ini menunjukkan wajibnya ada sebuah 'Negara' untuk menjalankan semua hukum Islam, dan 'Negara (Islam)' itu adalah Negara Khilafah.


DALIL AS-SUNNAH


Abdullah bin Umar meriwayatkan, "Aku mendengar Rasulullah mengatakan, "Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai'ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah" [HR Muslim].

Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam mewajibkan adanya bai'at pada pundak setiap Muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai'at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Padahal bai'at hanya dapat diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Jadi hadis ini menunjukkan kewajipan mengangkat seorang Khalifah, yang dengannya dapat terwujud bai'at di pundak setiap Muslim. Sebab bai'at akan ada di pundak kaum Muslimin jika ada Khalifah/Imam yang memimpin kaum Muslimin.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung." [HR Muslim]

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Dahulu Bani Israel diuruskan (dipimpin) oleh para nabi. Setiap kali wafat seorang nabi diutuslah nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak." Para sahabat bertanya, apa yang engkau perintahkan kepada kami (dalam keadaan itu)? Nabi menjawab, "Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja dan berilah kepada mereka hak-hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang mereka uruskan." [HR Muslim]

Hadis-hadis ini merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai, dan bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum Muslimin. Pernyataan Rasulullah bahawa seorang Imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya fungsi keberadaan seorang Imam, dan ini merupakan suatu tuntutan (thalab). Ini adalah kerana, setiap ikhbar yang berasal dari Allah dan Rasul-Nya, apabila mengandungi celaan (adz-dzamm) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalab at-tarki), atau merupakan larangan (an-nahy); dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al-fi'li). Dan sekiranya pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara' atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabainya hukum syara', maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bersifat pasti (fardhu). Oleh itu hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya Khilafah, kerana tanpa Khilafah banyak hukum syara' yang akan terabai.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya (pemimpinnya), maka bersabarlah kerana barangsiapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam/Khilafah) walau sejengkal saja, lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah." [HR Muslim].

Hadis ini menjelaskan keharaman kaum Muslimin keluar memberontak terhadap penguasa (Khalifah). Ini bererti bahawa adanya Daulah Khilafah adalah suatu kewajiban, sebab tidak mungkin Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam begitu tegas sekali menyatakan bahawa orang yang memisahkan diri dari Khilafah akan mati jahiliyah. Maka, wujudnya pemerintahan Islam bagi kaum Muslimin statusnya adalah wajib.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda: "Barangsiapa membai'at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu." [HR Muslim].

Dalam hadis ini Rasululah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah memerintahkan kaum Muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang-orang yang merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasulullah ini bererti perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara kekhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang merebut kekuasaannya. Semua ini merupakan penjelasan tentang wajibnya keberadaan penguasa kaum Muslimin, iaitu Imam atau Khalifah. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak wajib, nescaya tidak mungkin Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam memberikan perintah yang begitu tegas untuk memelihara eksistensinya, iaitu perintah untuk memerangi orang yang ingin merebut kekuasaan Khalifah.

DALIL IJMA' SAHABAT


Sebagai sumber hukum Islam ketiga, Ijma' Sahabat menunjukkan dengan sejelas-jelasnya kepada kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin umat Islam adalah wajib. Para sahabat telah sepakat mengangkat Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib ridhwanullah 'alaihim, sebagai Khalifah yang memimpin dunia Islam.

Ijma' Sahabat yang membuktikan kewajiban pengangkatan seorang Khalifah diambil dari peristiwa yang berlaku di Saqifah Bani Sai'dah di mana para sahabat dan ahlu halli wal aqdi saat itu sibuk bermesyuarat bagi mengangkat seorang Khalifah. Walaupun jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan, tetapi keseluruhan sahabat masih sibuk berbincang soal pengangkatan Khalifah. Mereka ternyata telah menunda kewajipan menanam jenazah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dan mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti baginda. Hal ini berlaku walhal mereka mengetahui bahawa menguburkan mayat secepatnya adalah suatu tuntutan, apatah lagi jenazah itu adalah jenazah Rasulullah sendiri, namun, para sahabat tetap mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menanam jenazah Rasulullah. Sedangkan sebahagian sahabat lain pula (yang tidak terlibat) turut mendiamkan hal ini dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan mengebumikan jenazah Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Peristiwa ini terjadi di dalam rentang waktu 3 hari 2 malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu menanam jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma') mereka untuk mendahulukan kewajipan mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib didahului daripada menguburkan jenazah.

Demikian pula bahawa seluruh sahabat selama hidup mereka telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat seorang Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapakah yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu Ijma' Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat bagi kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin bagi seluruh kaum Muslimin adalah wajib.

DALIL DARI KAIDAH SYAR'IYYAH

Dilihat dari sudut usul fiqh, mengangkat Khalifah juga adalah wajib. Dalam usul fiqh terdapat satu kaedah syar'iyah yang disepakati para ulama, "Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib." Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam segala aspeknya adalah wajib. Hal ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan kaedah syar'iyyah tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib.

PENDAPAT PARA ULAMA

Seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Kami telahpun mengemukakan beberapa nama beserta kitab mereka di dalam Sautun Nahdhah keluaran yang ke-100 bertajuk "Dakwah Hizbut Tahrir". Di harap para pembaca boleh merujuk kepada keluaran tersebut atau melayari laman web kami.

KHATIMAH

Wahai kaum Muslimin! Ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa walaupun perjuangan menegakkan Khilafah itu telah sinonim dengan Hizbut Tahrir, namun kewajiban ini adalah kewajiban kita semua. Sebuah kewajiban itu statusnya sama sahaja bagi setiap Muslim, tidak kira siapa pun dia, bangsa dan keturunan apa pun dia selama mana dia termasuk dari kalangan yang mengucap syahadah. Apa yang dikatakan kewajiban di dalam Islam adalah suatu perkara yang mesti dilakukan oleh setiap mukallaf, yang dengan melakukannya akan beroleh pahala dan meninggalkannya adalah suatu dosa. Oleh itu, tiada beza di antara kewajiban solat, puasa, zakat, mentaati ibu bapa, menuntut ilmu, berdakwah, menegakkan Khilafah dan sebagainya. Semuanya adalah kewajiban dan kita semua wajib melakukannya.

Sesungguhnya kami di Hizbut Tahrir senantiasa mengimani janji Allah Subhanahu wa Ta'ala dan membenarkan khabar gembira dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam tentang kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah untuk kedua kalinya. Kami senantiasa berusaha dan yakin akan kedatangan penyelamat umat ini seraya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar Dia memuliakan kami dengan tertegaknya Khilafah melalui tangan-tangan kami; agar kita semua dapat bernaung di bawahnya; agar kita semua dapat mengibarkan panji-panji Rasulullah di seluruh pelusuk bumi; agar cahaya Allah akan kembali menerangi alam. Insya Allah. Justeru, marilah kita bersama-sama memikul kewajiban ini wahai kaum Muslimin. Bersama-samalah dengan Hizbut Tahrir di dalam dakwahnya mengembalikan semula kemuliaan umat ini. ALLAHU AKBAR!

Kamis, 03 Februari 2011


banyak banget tulisan-tulisanku yang pada nganggur... xixi...

hmm.. edisi impruv dulu ahhh.. :)

btw, kq buat twitter gampang-gampang susyehh y.... hmm pengen nyoba ajahh.. penasaran getoh.. tapi asyik kq, tuh namanya tantangan baru yang siap tuk di taklukan. Huahahaha...

Sabtu, 29 Januari 2011

TELAAH KITAB AL-TAKATTUL AL-HIZBIY
MEMBENTUK PARTAI POLITIK ISLAM
SEJATI MEMBENTUK PARTAI POLITIK ISLAM SEJATI
(TELAAH KITAB AL-TAKATTUL AL-HIZBIY)

Oleh : KH M Shiddiq al-Jawi

Pengantar
"Kitab ketiga," itulah julukan sebagian kalangan aktivis HTI untuk kitab
al-Takattul al-Hizbi (selanjutnya disingkat al-Takattul). Maklum, kitab
karya Taqiyuddin an-Nabhani ini biasanya dikaji dalam pembinaan internal
HT setelah kitab Nizham al-Islam dan kitab Mafahim Hizbut Tahrir.
Jika kitab Nizham al-Islam menjelaskan Islam sebagai sistem kehidupan, dan
kitab Mafahim Hizbut Tahrir menjelaskan pokok-pokok pikiran HT, maka kitab
al-Takattul menjelaskan pembentukan kelompok Islam yang ideal serta
berbagai tahapan dan langkah yang akan ditempuhnya, untuk mewujudkan
sistem kehidupan Islam itu.
Jadi kitab al-Takattul ini memang tak bisa dilepaskan dari kitab Nizham
al-Islam. Sebab setelah seseorang memahami Islam sebagai sebuah sistem
kehidupan (nizham al-hayah), mungkin dia akan bertanya," Lalu bagaimana
mewujudkannya dalam realitas kehidupan?" Nah, kitab al-Takattul ini
berusaha menjawab pertanyaan itu. Intinya, untuk mewujudkan Islam sebagai
sistem kehidupan, mutlak diperlukan negara (Khilafah). Dan untuk
mengembalikan Khilafah, mutlak diperlukan sebuah partai politik Islam yang
sahih.

Namun seperti kitab Mafahim Hizbut Tahrir, kitab al-Takattul ini
mengandung kompleksitas yang tinggi. Ditulis secara simultan dalam 55
halaman tanpa bab dan anak judul, kitab al-Takattul acap kali membuat
pembacanya kesulitan menangkap maksudnya. Demikian pula kitab ini hanya
secara global menjelaskan setting sejarah sejak abad ke-19 M dan kondisi
berbagai gerakan Islam yang ada, tanpa menyebut nama-nama gerakannya.
Maka dari itu, siapa saja yang ingin memahami kitab al-Takattul dengan
baik, dia tak bisa mencukupkan diri hanya dengan membaca kitab itu saja.
Dia harus memperbanyak informasi-informasi penunjang guna memahami kitab
tersebut, baik informasi dari kitab-kitab HT maupun literatur keislaman
umumnya.

Kitab Manhaj Hizbut Tahrir fi al-Taghyir, misalnya, perlu dibaca. Karena
ia merupakan penyederhanaan dan ringkasan kitab al-Takattul dari segi
tahapan dan langkah kelompok Islam --dalam hal ini HT-- dalam mengubah
masyarakat. Untuk memahami situasi politik dan sosial umat Islam pada masa
akhir Khilafah Utsmaniyah (abad ke-18 dan ke-19), misalnya, dapat dibaca
mukadimah buku Ittijahat al-Tafsir fi al-'Ashr al-Rahin karya Dr. Abdul
Majid al-Muhtasib, atau buku Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah
karya Dr. Muhammad ash-Shalabi. Mengenai gerakan-gerakan kebangkitan
Islam, dapat dibaca misalnya buku Gerakan Kebangkitan Islam karya Dr.
Hafizh Muhammad al-Ja'bari. Sudah barang tentu, layak pula ditelaah syarah
kitab al-Takattul karya Muhammad Hawari.

Gambaran Isi Kitab
Apa isi kitab al-Takattul (2001)? Kitab ini pada dasarnya ingin
menyampaikan 3 (tiga) penjelasan mendasar menyangkut gerakan Islam yang
bertujuan membangkitkan umat Islam. Tiga penjelasan itu adalah mengenai :
Pertama, faktor-faktor yang menyebabkan gagalnya berbagai gerakan, dari
sisi pembentukan keorganisasiannya (hal. 1-21).
Kedua, tatacara pembentukan partai politik yang sahih (hal. 22-30)
Ketiga, tahapan kerja partai, hambatan-hambatan, serta bahaya-bahaya yang
akan dihadapinya (hal. 30-53). Berikut ini uraiannya.

Sebab-Sebab Kegagalan Gerakan
Sejarah telah membuktikan, banyak gerakan yang berdiri sejak abad ke-19
telah gagal membangkitkan umat Islam. Dari sisi pembentukan organisasi,
ada 4 (empat) faktor yang menyebabkan kegagalannya, yaitu gerakan tersebut
: (1) bertumpu pada fikrah (konsep) yang masih umum, (2) tidak mengetahui
thariqah (metode) untuk menerapkan fikrahnya, (3) tidak diemban oleh
orang-orang yang matang kesadarannya, dan (4) tidak mempunyai ikatan yang
benar untuk mengikat anggota-anggotanya (hal. 3-4)
Mengenai fikrah & thariqah, banyak gerakan tidak didasarkan pada fikrah
dan thariqah yang jelas. Banyak gerakan berdiri hanya karena respon
sesaat, misalnya gerakan nasionalis yang muncul karena penjajahan. Wajar
saja bila gerakan-gerakan ini mengalami kegagalan, sebab gerakan-gerakan
ini tidak bertumpu pada fikrah dan thariqah yang jelas (hal. 4-5).
Sebuah gerakan Islam, sudah semestinya bertumpu hanya pada ideologi
(mabda') Islam. Sebab, falsafah kebangkitan yang hakiki itu tiada lain
adalah ideologi Islam, yang mengintegrasikan fikrah dan thariqah Islam
secara terpadu. Ideologi Islam ini harus didakwahkan, lalu ditegakkan
Daulah Islamiyah di sebuah negeri untuk menerapkan ideologi Islam itu
secara total. Selanjutnya, Daulah Islamiyah itu akan terus meluas meliputi
seluruh negeri-negeri Islam (hal. 6-7)

Selain tidak jelas, fikrahnya juga mengalami pencemaran atau peracunan
akibat adanya fikrah-fikrah asing dari penjajah kafir, misalnya fikrah
sekularisme, nasionalisme, patriotisme, dan sosialisme. Fikrah-fikrah
asing ini, jelas akan membuat individu muslim kehilangan kepribadian
Islamnya, sehingga kepribadiannya akan kacau balau. Secara emosional, dia
mempunyai emosi sebagai muslim, tapi fikrahnya adalah fikrah penjajah yang
kafir. Individu muslim yang berkepribadian kacau ini, perlu diselaraskan
dahulu pola pikir dan pola jiwanya. Individu yang demikian, jika membentuk
kelompok atau partai politik, mustahil akan menghasilkan kebangkitan yang
sahih (hal. 13-15).


Thariqah yang tidak jelas dapat dilihat pada berbagai organisasi sosial
(jam'iyyah khairiyah) dan organisasi akhlaq (jam'iyyah khuluqiyah).
Organisasi sosial yang aktivitasnya membangun sekolah, rumah sakit, dan
sebagainya, dikhawatirkan menjadi kanalisasi (penyaluran) dari semangat
kebangkitan Islam yang menggelora di dada umat Seharusnya semangat itu
terwujud dalam sebuah kelompok berbentuk partai politik (al-takattul
al-hizbi) yang akan membawa kebangkitan. Dengan adanya organisasi sosial,
semangat itu akan tersalurkan hanya untuk memenuhi kepentingan umat secara
parsial, bukan untuk melahirkan sebuah kebangkitan umat yang benar (hal.
17-18).

Organisasi akhlak juga menunjukkan fenomena ketidakjelasan thariqah.
Mereka mengedepankan akhlak untuk memperbaiki masyarakat dengan jalan
memperbaiki akhlaq individu masyarakat. Ini salah. Sebab jalan memperbaiki
individu tidak sama dengan jalan memperbaiki masyarakat. Memang
memperbaiki individu jalannya adalah dengan memperbaiki akhlaknya. Namun
memperbaiki masyakat bukanlah dengan memperbaiki akhlak individunya,
melainkan dengan memperbaiki pemikiran, perasaan, dan peraturan yang ada
dalam masyarakat (hal. 19-20)

Kegagalan gerakan-gerakan ini juga dikarenakan individu-individuny a
bukanlah individu yang matang dan sadar. Sebab, model rekrutment atau
pengikatan orang-orang ke dalam gerakan-gerakan tersebut tidak didasarkan
pada kelayakan individu tersebut, tapi didasarkan pada ketokohanannya di
masyarakat, atau karena kemampuannya mendatangkan kepentingan sesaat bagi
kelompok, dan sebagainya (hal.20-21}

Ikatan yang ada dalam gerakan-gerakan itu juga tidak benar, yakni hanya
sebatas tata aturan formal organisasi di atas kertas. Seharusnya ikatan
yang benar adalah Aqidah Islam dan tsaqafah gerakan (tsaqafah Islam) yang
lahir dari aqidah itu. Ikatan ini, sekaligus juga menjadi ukuran
kematangan seseorang untuk dapat direkrut ke dalam sebuah kelompok Islam
(hal. 8)


Cara Membentuk Kelompok Islam Ideal
Ini adalah inti kitab al-Takattul, yakni bagaimana membentuk sebuah
kelompok Islam yang sahih (hal. 22-30). Kelompok Islam yang sahih ini,
adalah sebuah partai politik yang berlandaskan ideologi Islam. Partai
politik Islam ini merupakan sebuah kelompok yang individu-individuny a
mengimani Islam sebagai sebuah ideologi serta berusaha menerapkan ideologi
ini ke tengah masyarakat untuk mengatur berbagai interaksi di tengah
masyarakat.



Proses pembentukan partai politik Islam itu mengikuti 4 (empat) tahapan
berikut : sel pertama à halaqah ula à kutlah hizbiyah à hizb mabda'i.
Yang dimaksud sel awal (al-khaliyah al-ula), adalah orang pertama, yang
bersih serta telah memahami fikrah dan thariqah Islam dengan sempurna.
Kemudian ia menularkan ideologi ini kepada orang-orang lain sehingga
terbentuk halaqah ula.

Halaqah ula adalah kumpulan beberapa orang di bawah kepemimpinan sel awal
tadi secara fikrah dan thariqah. Halaqah ula ini disebut juga dengan
istilah qiyadah al-hizb (pemimpin partai) atau al-halaqah al-hizbiyah.
Halaqah ula ini, akan berkembang menjadi kutlah hizbiyah (kelompok cikal
bakal partai).

Kutlah hizbiyah adalah halaqah ula ditambah dengan banyak individu yang
sepakat dengan fikrah dan thariqah yang ada. Kutlah hizbiyah dicirikan
dengan adanya ikatan (rabithah ) yang menjadi pengikat di antara banyak
anggota baru tersebut. Ikatan ini adalah, Aqidah Islam dan Tsaqafah Islam
partai yang lahir dari Aqidah Islam itu (hal. 22). Kutlah hizbiyah
selanjutnya akan menjadi sebuah hizb mabda'i (partai politik ideologis)
yang sempurna (hal. 23)

Hizb mabda'i, adalah kutlah hizbiyah yang sudah melakukan amal kepartaian
(hal. 23). Jadi ciri yang menunjukkan berubahnya kutlah hizbiyah menjadi
hizb mabda'i, adalah adanya amal kepartaian, yaitu melakukan pembinaan
intensif untuk kalangan internal sehingga individu partai semakin banyak,
dan pembinaan umum untuk masyarakat sehingga terwujud kesadaran umum di
tengah seluruh masyarakat (hal. 25).


Tahapan dan Kerangka Kerja Partai
Tahapan dan kerangka kerja partai politik ideologis (hizb mabda'i)
tersebut, dijelaskan dalam at-Takattul pada halaman 30-53, yang terdiri
dari 18 (delapan belas) poin.

Sejumlah 18 point tersebut, dapat dipilah lagi lagi menjadi 4 (empat)
kategori penjelasan, yaitu : (1) poin nomor 1 - 8, menjelaskan tentang
bagaimana pembentukan dan kemunculan sebuah partai yang benar; (2) poin
nomor 9 - 12, menjelaskan kerja partai pada tahapan dakwah yang pertama
(tahap pembinaan); (3) poin nomor 13 - 17, menjelaskan kerja partai pada
tahapan dakwah yang kedua (tahap berinteraksi dengan masyarakat); (4) poin
nomor 18, menjelaskan kerja partai pada tahapan dakwah yang ketiga (tahap
ahan kekuasaan ).







Tahap Pembinaan.
Pembinaan dalam partai berbeda dengan pendidikan di sekolah. Setiap
anggota partai harus melalui proses pembinaan ini. Sebab, dengan proses
ini seseorang akan memahami fikrah dan thariqah partai. Setiap orang yang
hendak bergabung dengan partai harus menempuh fase ini, tanpa memandang
gelar dan kedudukan di tengah-tengah masyarakat. Keberhasilan pada fase
ini merupakan jaminan bagi keberhasilan pada fase berikutnya

Tahap Berinteraksi Dengan Masyarakat
Pada fase ini partai menceburkan diri di tengah-tengah masyarakat untuk
memahamkan fikrah dan thariqah partai kepada umat dan berjuang
bersama-sama umat demi melanjutkan kehidupan Islam.
Pada fase ini partai akan menghadapi hambatan-hambatan dan bahaya-bahaya.
Hambatan-hambatan yang ada : (1) pertentangan ideologi partai (Islam)
dengan ideologi di masyarakat; (2) perbedaan tsaqafah partai (Islam)
dengan tsaqafah di masyarakat; (3) adanya orang-orang pragmatis di
masyarakat, baik yang pasrah dengan realitas, maupun orang zalim yang
enggan hidup dalam kebenaran; (4) keterikatan manusia dengan kepentingan-
kepentingannya; (5) sulitnya mengorbankan kehidupan dunia di jalan Islam
dan dakwah Islam, (6) perbedaan sarana-sarana fisik di masyarakat, yang
dapat mendorong partai membeda-bedakan pembinaan tsaqafah dan arahan
ideologi di antara umat.

Sedangkan bahaya-bahaya ada dua, yaitu : (1) bahaya ideologis, yakni
bahaya yang dapat mengancam fikrah atau thariqah partai; (2) Bahaya kelas,
yaitu bahaya yang mengakibatkan anggota partai merasa menjadi kelas yang
berbeda dengan masyarakat.

Tahap Penyerahan Kekuasaan
Inilah fase terakhir yang akan ditempuh oleh partai, yakni, umat
menyerahkan kekuasaan kepada partai demi menerapkan Islam secara
menyeluruh dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia dalam sebuah Daulah
Islamiyah.

Penutup
Kebangkitan umat mutlak memerlukan sebuah partai politik Islam sejati yang
benar-benar mampu mengantarkan umat meraih tujuan-tujuannya. Adanya partai
politik Islam yang sahih merupakan jaminan bagi tegaknya Daulah Islamiyah,
serta jaminan bagi penjagaan eksistensi Daulah Islamiyah.
Walhasil, tegaknya dan terjaganya Daulah Islamiyah bergantung pada partai
politik Islam sejati itu. Maka memahami bagaimana membentuk partai politik
Islam yang sahih merupakan keharusan bagi kaum muslimin.

MOGA BISA MENJADI PENGEMBAN DAKWAH SEJATI.. AMIN AMIN AMIN...

Artikel Terkait

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers